Zikir
Wirdul-Latif
Wirdul-Latif
Zikir Pagi Dan
Petang
Susunan
الإمام القطب عبد الله بن
علوي الحداد
Al-Imam Al-Qutub
Abdullah bin Alawi Al-Haddad
——————————————————————————–
——————————————————————————–
الوِرْدُ اْللَطِيف
Wirdul-Latif
Wirdul-Latif
adalah satu dari susunan wirid dan zikir oleh Al-Imam Al-Habib Abdullah bin
Alawi Al-Haddad. Selalunya ia dibaca berseorangan pada waktu pagi dan petang.
Seperti karangannya yang lain, Imam Haddad menguatkan wirid ini dengan
ayat-ayat Al-Quran dan hadith.
Dengan cara
tulisannya yang senang difaham, pendek dan tepat, beliau menyusun ayat-ayat
Al-Quran dan Hadith untuk berzikir kebesaran dan kelebihan Allah. Dinamakan
Wirdul-Latif (wirid ringan) sebab senang dibaca dan senang dirasakan di hati
kita. Juga sebab ia tidak begitu panjang seperti wirid yang besarnya, iaitu
Wirdul-Kabir.
Karangan dan
bacaan Wirdul-Latif di sini ialah seperti yang dianjurkan oleh
pengikut-pengikut, murid-murid dan muslimin di negeri Arab, Semenanjung Asia
dan Africa, dari keturunan Al-Haddad, Munsib-munsibnya di maqam Imam al Haddad
di Al-Hawi, Tarim – Hadhramaut di negara Yaman.
Imam Alawi bin
Ahmad bin Hassan Al-Haddad, anak kepada cucu beliau telah menyusunkan wirid ini
dengan mengurangkan jumlah bacaan tasbih and tahmeed. Perulangan tasbih dan
tahmeed dikurangkan kepada tiga dan ditambah satu ayat untuk gantinya. Baginda
mengikut arahan Allah seperti di Surah 2 Al-Baqarah Ayat 286: “Allah tidak
memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
Diriwayatkan
daripada Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w telah masuk ke masjid dan baginda
mendapati ada seutas tali yang direntangkan di antara dua tiang, lalu baginda
bertanya: “Tali apakah ini?” Para Sahabat menjawab, “Tali itu digunakan oleh
Zainab untuk sembahyang, apabila dia merasa malas atau keletihan dia akan berpegang
pada tali tersebut.” Rasulullah s.a.w bersabda lagi, “Lepaskan ikatan tali
tersebut, seseorang dari kamu hendaklah bersembahyang dengan keupayaan yang ada
pada dirinya, apabila dia malas atau letih maka hendaklah dia berhenti.” Zainab
adalah seorang yang kukuh imannya. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada
Zainab r.a. jikalau ia mahu belajar satu zikir yang berpahala serupa dengan
membaca bilangan zikir-zikir ini. Dan Baginda pun berkata, “tambahkan kalimah
‘seberapa banyak ciptaan Nya’ kepada setiap tasbih, taslim and tahmeed”.
Sudah tentulah
lebih baik kalau kita ada masa dan tenaga untuk membaca wirid ini dengan
sepenuhnya. Insya Allah Allah akan memberi kita taufiq dan hidayat dan
merahmati Al-Habib kita serta memimpin kita ke jalan yang benar.
——————————————————————————–
الوِرْدُ اْللَطِيف
1. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ هُوَ اْللهُ أَحَدٌ، اَللهُ اْلصَّمَدُ، لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يٌوْلَدْ،
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ. (ثلاثا)
1. Dengan Nama
Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad):
“Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan segala permohonan; Ia
tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang
sebanding dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)
Dari Imam
Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri; seseorang mendengar bacaan
surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang
kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia
menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi
tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Dari
Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan
Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas.
Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?”
Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
2. بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ.
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ
الْفَلَقِ، مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ، وَمِنْ شَـرِّ غَاسِقٍ إِذَا
وَقَبَ، وَمِنْ شَـرِّ النَّـفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا
حَسَدَ. (ثلاثا)
2. Dengan Nama
Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku
berlindung dengan Tuhan yang menciptakan cahaya subuh, daripada kejahatan
makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap
gelita; dan daripada (ahli-ahli sihir) yang menghembus pada simpulan-simpulan
ikatan; dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan
kedengkiannya”. Surah Al-Falaq (3X)
Diriwayatkan
daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada salah
seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menyemburnya dengan
membaca bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang
menyebabkan baginda wafat, aku juga menyemburkan baginda dan mengusap baginda
dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak
berkatnya daripada tanganku..
3. بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ.
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ
النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِنْ شَرِّ
الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ اَلَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِيْ صُدُوْرِ النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ. (ثلاثا)
3. Dengan Nama
Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku
berlindung dengan Tuhan sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia,
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik
penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke
dalam hati manusia, dari kalangan jin dan manusia”. Surah An-Nas (3X)
Dari Tirmidhi
diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Nabi Muhammad s.a.w selalu meminta
perlindungan daripada kejahatan jin dan perbuatan hasad manusia. Apabila surah
al-falaq dan an-nas turun, baginda ketepikan yang lain dan membaca ayat-ayat
ini sahaja.
4. رَبِّ أَعُوذُ
بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشَّيَـاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُـرُونِ.
(ثلاثا)
4. Ya Tuhanku,
aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula
dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku. (3X)
Surah 23:
Al-Mu’minun Ayat 97-98
5. أَ فَحَسِبْتُمْ
أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثاَ وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُـوْنَ.
5. Maka apakah
kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main saja,
dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?
Surah 23:
Al-Mu’minun Ayat 115
6. فَتَعَالَى اللهُ
الْمَلِكُ الْحَقُّ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ.
6. Maka Maha
Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya – Tidak ada Tuhan Selain Dia – Tuhan yang
mempunyai ‘Arsy yang Agong.
Surah 23:
Al-Mu’minun Ayat 116
7. وَ مَنْ يَدْعُ
مَعَ اللهِ إِلَهاً آخَرَ لاَ بُرْهَانَ لَهُ بِـهِ،
فَإِنَّمَا حِسَـابُهُ، عِنْدَ رَبّـِهِ، إِنَّـهُ لاَ يُفْلِحُ الْكَافِـرُوْنَ.
7. Dan
barangsiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu
dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi
Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tidak beruntung.
Surah 23:
Al-Mu’minun Ayat 117
8. وَقُلْ رَبِّ
اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ.
8. Dan
katakanlah: Ya Tuhanku berilah ampunan dan berilah rahmat, dan Engkau adalah
Pemberi rahmat yang paling baik!
Surah 23:
Al-Mu’minun Ayat 118
9. فَسُبْحَانَ
اللهِ حِيْنَ تُمْسُوْنَ وَحِيْنَ تُصْبِحُوْنَ.
9. Maka
bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu
berada di waktu subuh.
Surah 30: Ar-Rum
Ayat 17
10. وَلَهُ الْحَمْدُ
فِي السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِيْنَ تُظْهِرُوْنَ.
10. Dan
bagiNyalah segala puji di langit dan bumi, dan di waktu petang dan di waktu
kamu berada di waktu dhuhur.
Surah 30: Ar-Rum
Ayat 18
11. يُخْرِجُ
الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ، وَيُحْيِ الأَرْضَ بَعْدَ
مَوْتِهَا وَكَذَلِكَ تُخْرِجُوْنَ.
11. Dia
mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang
hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya: dan seperti itulah kamu
dikeluarkan dari kubur.
Surah 30: Ar-Rum
Ayat 19
12. أَعُوْذُ بِاللهِ
السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم.ِ (ثلاثا)
12. Aku
berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui dari bisikan
syaitan yang terkutuk. (3X)
Dari Abu Daud
diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; “Apabila Rasulullah s.a.w.
sembahyang tahajjud, selepas beliau bertakbir, baginda membaca: “Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahuakbar dan Lailaha illallah, tiga kali kemudian beliau
mengucap: “Aku berlindung dengan Allah, Yang Maha Mendengar Lagi Maha
Mengetahui dari bisikan syaitan yang terkutuk, dari bisikannya, godaannya dan
ludahnya.
13. لَوْ
أَنْزَلْنَـا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًـا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللهِ، وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُوْنَ.
13. Kalau
sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung pasti kamu akan
melihatnya tunduk terpecah-pecah disebabkan takut kepada Allah. Dan
perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
Surah 59:
Al-Hashr Ayat 21
14. هُوَ اللهُ
الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهاَدَةِ هُوَ
الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ
14. Dialah Allah
Yang Tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Surah 59:
Al-Hashr Ayat 22
15. هُوَ اللهُ
الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوْسُ
السَّلاَمُ الْمُؤْمِـنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ
الْمُتَكَبِّرُ، سُبْحَانَ اللهِ عَمَّا يُشْرِكُوْنَ.
15. Dialah Allah
Yang Tiada Tuhan Selain Dia; Raja Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang
Mengurniakan keamanan; Yang Maha Memelihara; Yang Maha Perkasa; Yang Maha
Kuasa; Yang Memeliki Segala Keagungan. Maha Suci Allah dari apa yang mereka
persekutukan.
Surah 59:
Al-Hashr Ayat 23
16. هُوَ اللهُ
الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ، لَهُ الأَسْمَاءُ الْحُسْنَى، يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ
وَالأَرْضِ، وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيمُ.
16. Dialah Allah
Yang Menciptakan; Yang Mengadakan; Yang Membentuk Rupa; Yang Mempunyai
sifat-sifat yang baik; Bertasbihlah kepada-Nya apa yang ada di langit dan di
bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana. Surah 59: Al-Hashr
Ayat 24
17. سَلاَمٌ عَلَى
نُوْحٍ فِي الْعَالَمِيْنَ.
17.
Kesejahteraan dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam. Surah 37:Al-Saffat Ayat 79
18. إِنَّا كَذَلِكَ
نُجْزِي الْمُحْسِنِيْنَ.
18. Sesungguhnya
demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Surah
37:Al-Saffat Ayat 80
19. إِنَّهُ مِنْ
عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِيْنَ.
19. Sesungguhnya
dia termasuk di antara hamba-hamba Kami yang beriman. Surah 37:Al-Saffat Ayat
81
20. أَعُوذُ
بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. (ثلاثا)
20. Aku
berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan
makhlukNya. (3X)
Dari Abu Dawud
dan Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca doa ini tiga
kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya.”
21. بِسْمِ اللهِ
الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ أسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. (ثلاثا)
21. Dengan nama
Allah yang dengan nama-Nya tak satu pun, yang di bumi mahupun di langit dapat memberi
bencana dan Ia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (3X)
Dari Ibn Hibban;
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Hamba-hamba Allah yang membaca doa ini pada
waktu pagi dan petang, tiada kesakitan apa jua akan di alaminya.”
22. الَّلهُمَّ
إِنِّي أَصْبَحْتُ مِنْكَ فِي نِعْمَةٍ وَعَافِيَةٍ وَسِتْرٍ، فَأَتْمِمْ نِعْمَتَكَ عَلَيَّ وَعَافِيَتَكَ وَسِتْرَكَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ. (ثلاثا)
22. Ya Allah,
sesungguhnya aku telah mendapatkan kurnia, kesehatan serta perlindungan
daripada-Mu di pagi hari ini, maka sempurnakan kurnia kesihatan serta
perlindungan-Mu padaku di dunia dan akhirat. (3X)
23. اللَّهُمَّ
إِنِّي أَصْبَحْتُ أُشْهِدُكَ وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ
وَمَلاَئِكَتَكَ وَجَمِيعَ خَلْقِكَ أَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ. (أربعا)
23. Ya Allah, di
pagi hari ini aku mengambil-Mu sebagai saksi, begitu pun para pemikul ‘Arsy-Mu,
para malaikat-Mu dan seluruh makhluk-Mu, bahawa Engkaulah Tuhan, tiada Tuhan
selain Engkau, Tunggal tiada sekutu, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan
utusan-Mu. (4X) (Sila rujuk ke-31)
24. اَلْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْداً يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ. (ثلاثا)
24. Segala puji
bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, pujian yang memadai nikmat-nikmat-Nya dan
mencukupi penambahanNya. (3X)
25. آمَنْتُ بِاللهِ
العَظِيْمِ، وَكَفَرْتُ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوْتِ،
وَاسْتَمْسَكْتُ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى، لاَ اَنْفِصَامَ
لَهاَ، وَاللهُ سَمِيْعٌ عَلِيمٌ. (ثلاثا)
25. Aku beriman
kepada Allah Yang Maha Agung dan ingkar terhadap sembahan selain Allah,
kejahatan dan thoghut (segala yang disekutukan dengan Allah), dan aku berpegang
dengan tali yang kukuh yang tidak akan terputus. Dan Allah Maha Mendengar Lagi
Maha Mengetahui. (3X) Surah Al-Baqarah Ayat 256;
Dari Bukhari,
diriwayatkan oleh Abdullah ibn Salam, yang menceritakan satu peristiwanya
kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda berkata, “Syurga itu Islam, dan
berpeganglah Pegangan Yang Teguh (urwat al-wuthqa) supaya kamu sentiasa menjadi
seorang Muslim sampai kamu mati.”
26. رَضِيْتُ بِاللهِ
رَبـًّا، وَ بِالإِسْلاَمِ دِيْنـًا، وَبِمُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا وَرَسُولاً. (ثلاثا)
26. Aku ridha
Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan
rasul. (3X)
Dari Abu Daud
dan Tirmidzi; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa berdoa setiap pagi dan
petang dengan doa ini akan masuk ke syurga.” Surah 3: Ali-Imran Ayat 19:
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
27. حَسْـبِيَ اللهُ
لاَ إِلَهَ إِلاَ هُـوَ عَلَيْـهِ تَـوَكَّلْتُ وَهُـوَ رَبُّ العَرْشِ
العَظِيْـمِ. (سبعاً)
27. Cukuplah
Allah sebagai pelindungku; tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya aku
bertawakal, dan Dialah Penguasa Arasy yang agung. (7X) Surah 9 al-Tawbah Ayat
129. Dari Tirmidhi, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Rasulullah
s.a.w. bersabda, “Bagaimana saya hendak rehat sedangkan tiupan telah sedia di
mulutnya, membuka telinganya dan tunduk kepalanya, menunggu arahan untuk
meniup? Ditanya lagi, apa pula arahan baginda, “Cukuplah Allah sebagai
pelindungku dan Dia lah sebaik-baik penjaga.”
28. اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ. (عَشرًا)
28. Ya Allah,
limpahkanlah selawat dan salam-Mu ke atas penghulu kami Muhammad serta keluarga
dan sahabat-sahabatnya. (10X)
Dari Muslim,
diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin Al ’As: Rasullulah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa meminta Allah berselawat kepadaku, Allah akan membalas keatasnya
dengan sepuluh kali selawat.”
Surah 33;
Al-Ahzab, Ayat 56: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi
segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai
orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya..”
29. اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فُجَاءَةِ الْخَيْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فُجَاءَةِ
الشَّرِّ.
29. Ya Allah aku
bermohon kepada-Mu untuk kebaikan yang tidak disangka; dan aku berlindung
dengan-Mu daripada bencana yang mengejut. (Sila rujuk Hadith Per. 31)
30. اَللَّهُمَّ
أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ، وَ
أَناَ عَبْدُكَ، وَأَناَ عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ.
30. Ya Allah,
Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau; Engkau ciptakan daku dan aku ini
adalah hamba-Mu dan aku akan menuruti titah dan amanat-Mu sekuat tenagaku.
Dari Bukhari,
diriwayatkan oleh Shaddad ibn Aws; Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sebaik-baiknya
cara memohon ampunan dari Allah ialah: “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada
Tuhan selain Engkau; Engkau ciptakan daku dan aku ini adalah hamba-Mu dan aku
akan menuruti titah dan amanat-Mu sekuat tenagaku tanpa soal. Aku berlindung
dengan-Mu dari hal-hal buruk yang Engkau ciptakan, dan aku mengakui nikmat
kurnia-Mu kepadaku, serta mengakui dosaku, maka ampunilah daku, kerana tak ada
yang mampu mengampuni dosa itu selainkan Engkau.” Rasulullah s.a.w bersambung
lagi… (Sila rujuk Hadith Per. 31 dibawah)
31. أَعُوْذُ بِـكَ
مِنْ شَرِّ مـَا صَنَعْـتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فاَغْفِرْ لِيْ، فَاِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.
31. Aku
berlindung dengan-Mu dari hal-hal buruk yang Engkau ciptakan, dan aku mengakui
nikmat kurnia-Mu kepadaku, serta mengakui dosaku, maka ampunilah daku, kerana
tak ada yang mampu mengampuni dosa itu selainkan Engkau.
Dari Abu Dawud,
diriwayatkan oleh Buraydah ibn Hasib; Rasullulah s.a.w. bersabda: Kalau sesipa
katakan di waktu pagi dan petang,: “ Ya Allah! Engkaulah Tuhanku; tiada tuhan
selain-Mu, Engkau Penciptaku, aku hamba-Mu, dan aku berpegang dengan tali yang
kokoh yang tidak akan putus; Aku berlindung dari perkara buruk yang aku telah
lakukan; aku mengakui nikmat-Mu serta dosaku; ampunilah aku sebab tiada yang
mampu mengampuni selainkan Engkau.”, dan jika dia mati pada hari atau malam
itu, dia akan masuk syurga.
32. اَللَّهُـمَّ
أَنْتَ رَبِّيْ، لاَ اِلَهَ إلاَّ أَنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْـتُ، وَأَنْتَ رَبُّ
الْعَـرْشِ الْعَظِيْـمِ.
32. Ya Allah,
Engkaulah Tuhanku tiada tuhan selain Engkau, hanya kepada Engkau aku berserah
diri, dan Engkaulah Tuhan yang mempunyai Keagungan.
Dari Bukhari,
diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas; Rasullulah s.a.w. apabila dimasa
kesusahan berdoa dengan membaca: “Tiada yang berhak disembah melainkan Allah,
Maha Sejahtera, Maha Kuasa. Tiada yang berhak disembah selain Allah, Tuhan
senanjung syurga dan dunia, Raja Yang Agung.”
33. مَا شَاءَ اللهُ
كَـانَ، وَمَا لَمْ يَشَأْ لَـمْ يَكُنْ، وَلاَ حَـوْلَ وَلاَ
قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ.
33. Apa yang
dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki tidak akan
terjadi, Tiada daya dan tiada kekuatan tanpa pertolongan Allah Yang Maha Tinggi
lagi Maha Besar (Rujuk Keterangan di Per: 54)
34. اَعْلَـمُ أَنَّ
اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْـرٌ، وَاَنَّ اللهَ قَدْ أَحَـاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ
عِلْمًـا.
34. Aku
mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dan sesungguhnya
Allah tetap meliputi ilmu-Nya atas tiap-tiap sesuatu.
Surah 65: Al
Talaq Ayat 12
35. اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوْذُ بِـكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ، وَمِنْ شَرِّ كُـلِّ دَابَّـةٍ أَنْتَ آخِـذٌ بِنَا صِيَتِهاَ، إِنَّ رَبِيِّ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ. *
35. Ya Allah,
aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan diriku sendiri, dan dari kejahatan
segala yang melata yang ubun-ubunnya berada dalam genggaman-Mu, sesungguhnya
Tuhanku selalu berada di atas jalan yang lurus.
36. يَا حَيُّ يَا
قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ اَسْتَغِيْثُ، وَمِنْ عَذَابِكَ أَسْتَجِيْرُ.
36. Ya Allah,
Yang Hidup, Tuhan Yang Berdiri Sendiri, aku memohon pertolongan dengan kasih
sayang-Mu, dan aku memohon perlindungan daripada siksa-Mu.
37. أَصْلِحْ لِيْ
شَأْنِيْ كُلَّهُ، وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَي نَفْسِيْ وَلاَ إِلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ طَرْفَةَ عَيْنٍ.
37. Berilah
kepadaku kebaikan dalam semua permasaalahanku, janganlah Engkau menyerahkan
daku kepada diriku sendiri, dan jangan juga kepada salah seorang pun daripada
makhluk-Mu walau sekelip mata sekalipun.
38. اَللَّهُمَّ
إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ
مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ.
38. Ya Allah,
aku berlindung dengan-Mu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung
dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu
daripada bebanan hutang dan daripada paksaan manusia.
Dari Bukhari,
diriwayatkan daripada Anas ibn Malik; apabila Rasulullah s.a.w., berhenti untuk
berehat; saya dengar baginda berdoa: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu
daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada
kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang
dan daripada paksaan manusia”
39. اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ، فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ.
39. Ya Allah,
aku bermohon kepada-Mu kesejahteraan di dunia dan akhirat.
40. اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَـافِيَةَ، وَالْمَعَافاَةَ
الدَّائِمَةَ، فِي دِيْنِيْ وَدُنْياَيَ وَأَهْلِيْ وَماَلِيْ.
40. Ya Allah,
aku bermohon kepada-Mu pengampunan dan kesejahteraan serta perlindungan yang
abadi dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan hartaku.
Dari Abu Dawud,
diriwayatkan daripada Abdullah ibn Umar; Rasulullah s.a.w. selalu mengucapkan
doa ini di waktu pagi dan petang: “Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu
kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu
pengampunan dan kesejahteraan serta perlindungan yang abadi dalam agamaku,
duniaku, keluargaku, dan hartaku. Ya Allah, tutupilah segala ke’aibanku, dan
amankanlah ketakutanku. Ya Allah, peliharalah daku dari malapetaka yang datang
dari depanku dan dari belakangku, dan dari kananku dan dari kiriku, dan dari
atasku, dan aku berlindung dengan keagungan-Mu agar jangan ditipu dari bawahku
(tanpa disedari).)
41. اَللَّهُمَّ
اسْتُرْ عَوْرَاتِيْ وَآمِنْ رَوْعَاتِيْ.
41. Ya Allah,
tutupilah segala ke’aibanku, dan amankanlah ketakutanku. (Sila rujuk Hadith
Per: 40)
42. اَللَّهُمَّ
احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِيْ وَعَنْ
يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِماَلِيْ وَمِنْ فَوْقِيْ، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتاَلَ مِنْ تَحْتِيْ. *
42. Ya Allah,
peliharalah daku dari malapetaka yang datang dari depan dan belakangku, dan
dari kanan dan kiriku, dan dari atasku, dan aku berlindung dengan keagungan-Mu
agar jangan ditipu dari bawahku (tanpa disedari). (Sila rujuk Hadith Per: 40)
43. اَللَّهُـمَّ
أَنْتَ خَلَقْتَنِـيْ، وَأَنْتَ تَهْدِيْنِـيْ، وَأَنْتَ تُطْعِمُنِـيْ وَأَنْتَ تَسْقِيْنِـيْ، وَأَنْتَ تُمِيْتُنِـي، وَأَنْتَ تُحْيِيْنِـيْ.
43. Ya Allah,
Engkaulah yang menciptakan daku, memberikan petunjuk kepadaku, memberi makanan
padaku, memberikan minuman kepadaku, mematikan daku, dan membangkitkan daku
semula.
Dari Muslim,
diriwayatkan oleh Miqdad, Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah, memberiku makanan,
memberiku minuman,” setelah baginda dapati susunya telah di minum oleh seorang.
44. أَصْبَحْناَ
عَلَى فِطْرَةِ اْلإِسْلاَمِ، وَعَلَى كَلِمَةِ اْلإِخْلاَصِ،
وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّناَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْراَهِيْمَ حَنِيْفاً مُسْلِماً، وَماَ كاَنَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. *
44. Kami berada
pada pagi ini dengan fitrah beragama Islam, di atas kalimah ikhlas, dengan
agama Nabi kami Muhammad s.a.w dan agama bapa kami Ibrahim a.s. yang lurus dan
berserah diri (kepada Allah), dan sekali-kali bukanlah dia dari golongan
orang-orang yang mempersekutukan Allah dengan yang lain.
“Hari ini Kami
telah lengkapkan agamamu, dan penuhkan nikmat-Ku kepadamu, dan meredhai untukmu
Islam sebagai agamamu. Surah 5: al-Ma’idah Ayat 3
45. اَللَّهُمَّ بِكَ
أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ، وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ، أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعاَلَمِيْنَ.
45. Ya Allah! sesungguhnya
kami berada di waktu pagi bersama Engkau, demikian pula di waktu petang, dan di
kala hidup dan di kala mati, dan hanya kepada-Mu lah tempat kebangkitan, kami
berada di waktu pagi sedang kekuasaan tetap berada bagi Allah Tuhan seru
sekalian alam.
Dari AbuDawud,
diriwayatkan oleh Abu Malik; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila bangun pagi,
bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya kami berada di waktu pagi bersama Tuhan seru
sekalian alam. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini
keterbukaannya, kemudahannya, cahayanya, keberkatanmya dan petunjuknya; dan
perlindungan dari keaiban yang datang dengan nya dan sesudahnya.” Pada petang
hari serupa juga.
46. اَللَّهُّمَ
إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذَا الْيُوْمِ فَتْحَهُ وَنَصْرَهُ وَنُوْرَهُ
وَبَرَكَتَهُ وَهُداَهُ
46. Ya Allah,
kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini, pembukaannya, kemudahannya,
cahayanya, berkatnya dan petunjuknya.
47. اَللَّهُمَّ
إِنَّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذاَ الْيُوْمِ، وَخَيْرَ ماَ فِيْهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ
شَرِّ هَذاَ الْيُوْمِ وَشَرِّ مَا فِيْهِ.
47. Ya Allah aku
memohon kepada-Mu kebaikan hari ini, dan kebaikan apa yang ada di dalamnya, dan
aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan hari ini dan keburukan apa yang
terdapat didalamnya.
48. اَللَّهُمَّ ماَ
أَصْبَحَ بِيْ مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَـدٍ مِنْ خَلْقِكَ،
فَمِنْكَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ عَلَى ذَلِكَ.
48. Ya Allah,
nikmat yang aku terima di pagi ini, atau yang di terima oleh salah seorang dari
hamba-Mu, maka sumbernya hanyalah Engkau semata, tiada sekutu bagi-Mu, bagi-Mu
lah pujian dan kepada-Mu kami bersyukur atas semuanya itu.
Dari Abu Dawud,
diriwayatkan oleh Abu Malik; “Seorang bertanya Rasulullah s.a.w.: ‘Berilah kami
suatu ayat yang boleh kami ulangi tiap pagi, petang dan apabila kami bangun
dari tidur.’ Baginda suruh kami berdoa: “Ya Allah! Yang Mencipta Syurga dan
dunia, Yang Mengetahui semua yang zahir dan batin, Engkaulah Tuhan sekian
makhluk; para malaikat saksikan bahwa tiada tuhan selain-Mu, kami berlindung
dengan-Mu dari keburukan diri kami dan dari bisikan syaitan yang menyekutukan
Mu.”
49. سُبْحَانَ اللهِ
وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِـهِ وَرِضَـى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِداَدَ كَلِمَاتِهِ. (ثلاثا)
49. Maha Suci
Allah dan puji-pujian untukNya, sebanyak bilangan makhlukNya, sebanyak bilangan
keridhaanNya, sebanyak timbangan ‘ArsyNya dan sebanyak tinta untuk menulis
kalimatNya. (3X)
Diriwayatkan
daripada Juwairiyah Ummil Mukminin r.a., bawahasanya Nabi s.a.w keluar dari
rumahnya pada suatu pagi setelah habis sembahyang subuh sedang Juwairiyah masih
di tempat sembahyangnya (berzikir), apabila beliau kembali ke rumah setelah
menunaikan shalat Dhuha, beliau dapati Juwairiyah masih di tempat sembahyangnya
lagi, lalu beliau bertanya: Apakah engkau masih lagi berkeadaan seperti aku
tinggalkanmu tadi? Maka berkata Nabi s.a.w.: Bila aku meninggalkanmu tadi aku
telah mengucapkan empat kalimah sebanyak 3 kali, jika ditimbang dengan apa yang
engkau ucapkan sejak awal hari tadi niscaya ia lebih daripada apa yang engkau
ucapkan, iaitu wirid yang disambung dengan”sebanyak bilangan ……”.
50. سُبْحَانَ اللهِ
الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِـهِ وَرِضَـى نَفْسِـهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ
وَمِداَدَ كَلِمَاتِهِ. (ثلاثا)
50. Maha Suci
Allah Yang Maha Agung dan puji-pujian untukNya, sebanyak bilangan makhlukNya,
sebanyak bilangan keridhaan-Nya, sebanyak timbangan ‘Arsy-Nya dan sebanyak
bilangan kalimat-Nya. (3X)
51. سُبْحَـانَ اللهِ
عَدَدَ مَا خَلَقَ فِي السَّمَـاءِ، سُبْحَـانَ اللهِ عَدَدَ مَا
خَلَـقَ فِي الأَرْضِ، سُبْحَـانَ اللهِ عَدَدَ مَا بَيْنَ ذَلِكَ، سُبْحَـانَ اللهِ عَدَدَ مَا هُوَ خَـالِقٌ. (ثلاثا)
51. Maha suci
Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, Maha suci Allah sebanyak
bilangan ciptaan-Nya di bumi, Maha suci Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya di
antara keduanya dan Maha suci Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya. (3X)
Diriwayatkan
daripada Sa’ad bin Abu Waqqash r.a. bahawasanya dia bersama Rasulullah s.a.w.
mendatangi seorang perempuan sedang pada kedua tangan perempuan itu ada biji
(kurma) atau kerikil dihitungnya dalam tasbihnya, maka bersabda Rasulullah
s.a.w.: Mahukah engkau aku memberitahumu sesuatu yang lebih mudah atau lebih
utama buatmu? Lalu beliau menyambung dengan membaca wirid yang disambung
seperti diatas ini
.
52. اَلْحَمْدُ للهِ
عَدَدَ مَـا خَلَـقَ فِي السَّمَـاءِ، اَلْحَمْدُ للهِ عَدَدَ مَـا
خَلَـقَ فِي الأَرْضِ، اَلْحَمْدُ للهِ عَدَدَ مَـا بَيْـنَ ذَلِكَ، اَلْحَمْدُ للهِ عَدَدَ مَـا هُوَ خَـالِقٌ. (ثلاثا)
52. Segala puji
bagi Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, segala puji bagi Allah
sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi, segala puji bagi Allah sebanyak bilangan
ciptaan-Nya di antara keduanya dan segala puji bagi Allah sebanyak bilangan
ciptaan-Nya. (3X)
53. لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللهُ عَدَدَ مَـا خَلَـقَ فِي السَّمَـاءِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ عَدَدَ مَـا خَلَـقَ فِي الأَرْضِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ عَدَدَ مَـا بَيْـنَ ذَلِـكَ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ عَدَدَ مَـا هُوَ خَـالِقٌ. (ثلاثا)
53. Tiada tuhan
melainkan Allah, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, tiada tuhan melainkan
Allah, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi, tiada tuhan melainkan Allah,
sebanyak bilangan ciptaan-Nya di antara keduanya, dan tiada tuhan melainkan
Allah, sebanyak bilangan ciptaan-Nya. (3X)
54. اللهُ أَكْبَرُ
عَدَدَ مَـا خَلَـقَ فِي السَّمَـاءِ، اللهُ أَكْبَرُ عَدَدَ مَـا خَلَـقَ فِي الأَرْضِ، اللهُ أَكْبَرُ عَدَدَ مَـا بَيْـنَ ذَلِكَ، اللهُ أَكْبَرُ عَدَدَ مَـا هُوَ خَـالِقٌ. (ثلاثا)
54. Allah Maha
Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, Allah Maha Besar, sebanyak
bilangan ciptaan-Nya di bumi, Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya
di antara keduanya, dan Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya. (3X)
Dari Al-Muwatta,
diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang membaca: “Tiada tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu
baginya, kepunyaan-Nya lah kerajaan, dan hanya bagi-Nya segala puji dan Dia
Maha kuasa atas segala sesuatu” dalam sehari sebanyak seratus kali, nescaya dia
mendapat pahala sebagaimana memerdekakan sepuluh orang hamba. Dia juga diampunkan
seratus kejahatan, dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari syaitan pada
hari tersebut hingga ke petang. Tidak diganjarkan kepada orang lain lebih baik
daripadanya kecuali orang tersebut melakukan amalan lebih banyak daripadanya.
Manakala mereka yang berkata: “Maha suci Allah dan segala puji hanya bagi
Allah”, dalam sehari sebanyak seratus kali nescaya terhapuslah segala dosanya
sekalipun dosanya itu banyak seperti buih di lautan .
(i) Al-Habib
Abibakar Sakaran didalam Hizbnya telah mengatakan bahawa pengucapan, “Ya Allah,
limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas
keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian” ialah sebagai pintu menuju kepada
Allah; dan kunci ke pintu itu ialah ucapan, “Tiada tuhan melainkan Allah”; dan
pertahanannya ialah ucapan, “Tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin
Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung”
55. لاَ حَوْلَ وَلاَ
قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ الْعَظِيْـمِ عَدَدَ مَـا خَلَقَ فِي السَّمَاءِ
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ
إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ الْعَظِيْـمِ عَدَدَ مَـا خَلَقَ فِي الأَرْضِ
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ
إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ الْعَظِيْـمِ عَدَدَ مَـا بَيْـنَ ذَلِـكَ
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ
إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ الْعَظِيْـمِ عَدَدَ مَا هُوَ خَالِقٌ. (ثلاثا)
55. Tiada
kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha
Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, tiada kekuatan atau kuasa
melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak bilangan
ciptaan-Nya di bumi, tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang
Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di antara keduanya,
dan tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan
Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya. (3X)
56. اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الأُمِّي وَعَلَـى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِي السَّمَاءِ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الأُمِّي وَعَلَـى اَلِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِي الأَرْضِ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الأُمِّي وَعَلَـى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ
عَدَدَ مَا بَيْـنَ ذَلِـكَ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الأُمِّي وَعَلَـى اَلِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ عَدَدَ مَا هُوَ خَالِقٌ.
56. Ya Allah,
limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad yang
Ummiy (buta huruf) dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sebanyak bilangan
ciptaan-Nya di langit, Ya Allah, limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan atas penghulu
kami Nabi Muhammad yang Ummiy dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sebanyak
bilangan ciptaan-Nya di bumi, Ya Allah, limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan
atas penghulu kami Nabi Muhammad yang Ummiy dan atas keluarga dan
sahabat-sahabatnya sebanyak bilangan ciptaan-Nya di antara keduanya, Ya Allah,
limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad yang
Ummiy dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sebanyak bilangan ciptaan-Nya.
57. لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ
الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَـى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ عَدَدَ كُلِّ ذَرَّةٍ أَلْفَ مَرَّةٍ. (ثلاثا)
57. Tiada tuhan
selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya lah kerajaan,
dan hanya bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
sebanyak bilangan zarah yang dicipta-Nya seribu kali. (3X)
58. لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ
الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَـى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ عَدَدَ ماَ هُوَ خَالِقٌ.
58. Tiada tuhan selain
Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya lah Kerajaan, dan
hanya bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu yang telah
diciptakan-Nya.
وَ فِي بَعْض النسخ زيادة واختـلاف في هذه التسبيحـات الأخيرة، فمن شاء فليعمل بها. فكلها واردة. اهـ.
وقد اختارها حفيد الْمؤلف
الإمام علوي بن أَحْمد بن حسن الْحداد لأن الثابت في الأصل من هذه التسبيحات هو:
سُبْحَانَ اللهِ
وَبِحَمْدِهِ (مائة مرة)، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ (مائة مرة)
سُبْحَانَ اللهِ،
وَالْحَمْدُ للهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَ اللهُ، وَ اللهُ أَكْبَرُ. (مائة مرة)
(وَيَزِيدُ
صَبَاحًا) لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْـدَهُ لاَ شَرِيْـكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْـكُ وَلَهُ الْحَمْـدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. (مائة مرة)
فمن عمل بِها فهو الأكمل.
اهـ
Nota:
Jika dibaca pada
waktu petang gantikanlah perkataan-perkataan yang di garis bawah itu seperti
berikut:
وَيَقُولُ فِي الْمَسَاء
بَدَل ” أَصْبَحْتُ
” – ” أَمْسَيْتُ “
Di ayat 22, 23,
44 dan 45: “Pagi” digantikan dengan “Petang”.
وَبَدَل ”
اَلْنُشُوْرِ ” – ” اَلْمَصِيْرِ “
Di ayat 45
“kebangkitan” digantikan dengan “kembali”.
وَبَدَل ”
الْيَوْمِ ” – ” اللَّيْلِ “
Dan di dalam
ayat 46 dan 47: “hari” digantikan dengan “malam”.
إنتهى
الورد اللطيف
Tamat
Wirdul-Latif
Tidak ada komentar:
Posting Komentar